Friday, December 30, 2011

.20 - this is a call

kancil, kancil. kau memang malang.
15 tahun bukan sekejap.

aku harap kau ada untuk besok.
aku nak pergi, mana-mana.
tempat yang aku rasa aku nak pergi.

tolonglah.

Sunday, December 25, 2011

.19 - merry christmas, happy new year and ..

This is the day, where usually families will get together, and dine together,
in the cold, white winter, besides the warm fireplace.

This is the day where, childrens are running happily here and there, with cousins,
and mothers busy telling them stories that makes her children's imagination goes wild,
and fantasies that will make them lives in their dreams.

This is the day, where parents tried their best to fulfil their offspring wishes,
with boxes of presents, or just a plain warm milk and cookies.

And, this is the day, where a friend used to bugged me, about how people are celebrating her birthday and, despite feeling awful people forget about it, she'd keep it quiet, and desperately, with a smile that will melt everyone's heart, wishing a joyful holidays, but still, wanted me to remember that today, was her birthday, for at least, she knew someone would.

Little that she knew that they'll always remember what day today is, and, every year, they, and I, will make her surprise.

Merry Christmas to whoever celebrating it, Happy Holidays, Have a great New Year, and Happy Birthday. :)

Wednesday, December 7, 2011

.18 - tak sedar di untung

sejak kebelakangan ni sakit kepala aku makin menjadi-jadi. waktu pegi amek pc baru tadi dekat blok 8a; blok lama ofis kitorang, tengah lintas jalan tu aku literally mengalirkan air mata sambil memegang kepala. nasib lah aku lambat pegi sana, jadi pegi sorang-sorang, takde orang perasan. nasib jugak lah aku sebuk mengelak kereta yang hon aku sampai terlanggar pajero.

..bodoh punya pajero.

setiap kali aku terima sms, entah aku tak sure aku akan reply ke tak. betul. itu je dah tunjukkan aku ni manusia jenis apa. sebabkan tu, aku amat mengerti kenapa aku di sini. ... lol, aku memang macam ni pun sejak 5-6 tahun lepas. macam ni, macam, sekarang. ada satu masa aku cuba membaiki kesilapan lalu, membaiki silaturrahim, membaiki persahabatan, cuba rapat dengan semua orang. cuba berbaik dengan semua.

ada ketika tu aku jadi gila, eksaited, hyper, annoying dan sebagainya. well, itu sebahagian package yang datang waktu aku cuba membaiki diri aku.

tapi kini, aku sedar, kesilapan masa lalu yang aku sebut tadi tu, merupakan keputusan yang betul dalam hidup aku. terbukti aku berjaya hidup dan no feel pasal kehidupan dalam jangka masa tersebut. maksud aku, aku lebih sesuai macam ni. macam, pasir jerlus dalam laut. ...macam tak kena pulak.

macam, ikan koi dalam kolam.. kot? apa yang orang lihat, maybe true, tapi itu ilusi semata, dan apabila cuba tangkap, takkan kena pada sasaran.



ada masa aku crumble kepada masalah aku, aku tersandar pada kancil, menghentak2 pintu kereta tu. ada masa aku menutup mata aku dengan lengan aku, sampai besok pagi, dalam kereta kancil aku tu. ada masa, aku nak terjun dari tingkat 16 tempat ofis lama aku tu. ada masa, aku cuba mencari tempat untuk mengadu domba, melontarkan sepenuh jiwa raga, dan ada masa di antara masa-masa tu aku rasa bodoh, sangat. sangat-sangat, bodoh. dan rasa bodoh tu sampai sekarang aku rasa.

tak semua berminat. maybe, ada. untuk dijadikan pengisi masa lapang. untuk dijadikan benda untuk digosipkan. untuk menilai. untuk, tunjuk yang dia ada untuk menolong. dan itu, itu saja lah.

jujur, aku tak tau siapa kawan aku sebenarnya sekarang. betul. aku rasa bersalah, tapi aku tak nampak siapa yang betul-betul, betul. dan sebenarnya, aku.. agak tak peduli lah. bagi aku, itulah manusia. sebuk dengan hal masing-masing. aku je jaga tepi kain orang. buat muka tembok besar cina. mungkin sebab aku tolak sorang-sorang jauh-jauh dari aku. munggkiinn.

aku tak bangga macam ni. ini menyakitkan. aku tak bangga dengan fakta yang mak bapak aku pun tak faham aku. apatah lagi orang yang tak pernah peduli pasal aku. ini tak pernah menggembirakan aku. menyedihkan. bukanlah aku mengharap ditemani kawan-kawan aku. aku taknak macam tu. aku bukan macam tu.

aku pernah disorak dahulu. haha. zaman kegemilangan sekolah. betul. kadang-kadang aku rindu. disapot kawan-kawan, di mana sekeliling kau cuma kawan-kawan. tetapi bila kau meningkat besar, aku rasa, manusia, or at least, aku lah kan, hanya akan diingati tatkala orang perlukan aku. bila sedih, dalam kesusahan, memang kau akan nampak dia sahaja. bila senang? bila semakin masa berlalu, kau lihat sorang-sorang berubah, kau akan nampak sorang-sorang akan tinggalkan kau, walaupun besar-besar diorang taruk penganti kertas di sekeliling aku;

"we're here for yooouuuu". penuh. pelan pelan aku tertimbus. banyaaak sangat. tapi yelah, tu, tu jelah. cukup syarat.

apa aku ngarut ni? tajuk blog ke lain, post ke lain.

okay sebelum apa-apa, aku mintak maaf kalau ada orang baca dan rasa dioranglah orang tu, dan kalau ada yang rasa macam tu, taklah. ini cuma insecurity sides of me.

sebab hakikatnya, sebagai penutup blog post kali ni, kesimpulannya, macam mana pun korang datang, aku akan tolak pergi. sentiasa.

sebab tulah title blog post ni macam ni. aku memang tak sedar di untung. sedih. haha.

Tuesday, December 6, 2011

.17 - 24

dan aku melayang dari tingkat 25 di blok 11. pada saat itu aku rasa satu saat, macam satu minit. melayang bak kertas surat khabar. perlahan di tingkat 30, aku mula ketawa, dan sampai di blok 12, aku cecah terminal velocity, terhenti acceleration aku di tingkat 2. menutup mata, mendepakan tangan, mengayuh ke hadapan; berenang, tetapi, berdiri di tingkat 24.

melihat jauh ke dalam, satu bilik. bayi yang baru dilahirkan, tidak menangis. si ibu cuma mampu melihat, dan si ayah melaungkan iqamah. bayi itu menoleh, dan senyum.

dingin angin yang meniup rambut-rambut, baju, seluar longgar aku, lalu menolak aku jauh lebih laju. dengan senyum kelat, aku cuba membuka mata, melihat destinasi aku; rata.

dan walaupun aku sudah tahu, tetapi, kini aku lagi pasti, akhirnya, ke sini jugak aku.

*bam*

Sunday, November 27, 2011

.16 - again, again.

well, this explains why i woke up with hearts beating like hell this morning. another one of my friends died in an accident at 10 a.m.

i don't know how to react to be honest. guess a bad start for a new year hm?

Friday, November 25, 2011

.15 - l'amour est un belle le vent

waktu tu sumpah, aku memang pakai topeng, topeng tembok besar china. topeng yang, topeng. dalam topeng tu ada topeng, supaya orang tak tau topeng apa sebenarnya yang aku pakai ni. mereka boleh bersorak, atau menyakat. aku boleh sorak, boleh sakat. boleh gelak, boleh geletek. boleh melatah, boleh, serius waktu membuat saman.

in fact, waktu tu aku tengah buat saman. sambil headbanging lagu oh the guilt - nirvana, si sofiea kat blakang aku pun tga sebuk buat saman. tiba-tiba, hm, entah. macam mana tah, aku pergi ke bahagian post judgement (aku bahagian pre judgement, buat saman ke mahkamah), dan lepak dekat bilik yang semua penghuninya adalah pekerja sambilan. geng lah ni.

okay now aku ingat. aku tengah nak cop saman-saman aku ni, untuk despatch ke cawangan-cawangan lain serta mahkamah kat tempat lain. so aku ke sana. lepas bagi saman-saman tu dekat nurlyza asmitasarianis (ye, aku dah hafal nama dia, like finally), aku terasa macam nak jenguk dekat luar.

bukak je tingkap, seolah-olah ada orang guna blower dekat muka aku. angin kuat menderu masuk ke dalam, habis surat-surat saman aku tadi berterabur. nasib tak terbang. aku, lyza, hasanah, nani, dengan shahir semua berpandangan. terkejut, hm, agaklah. aku pulak, lagilah.

aku rasa ni macam satu benda yang jadi setaun skali. memang jarang. harini, maksud aku. kejadian petang tadi buat aku terfikir pasal ni;

petang ni, serupa macam petang-petang tahun 2004, 2005. sebijik. langit yang sangat clear, awan berkepul-kepul berkumpul atas kepala, menapis cahaya matahari ke bumi. aku rasa macam nak baring atas jalan tu, literally, waktu on the way nak ke kereta merc mama. it was that tempting.

petang tu, aku buat 2 saman je. tak kira pagi tadi punya lah. lain aku habiskan masa kat tingkap tu. terjenguk-jenguk, tak nak berganjak dari tingkap tu. termenung, teringat kembali.

jadi aku tersengih sorang-sorang. bahagia macam tu. lucu, sedih, marah, semua ada. tapi senyum je yang keluar. macam kerang busuk.

terasa peluh keluar waktu tu, berlari, berkejar, tergelak, misi membalas dendam, dan, cuma tinggal memori.

.14 - who are you fighting for?


Moonlight,
Sing loud for everyone,
Sing loud for revolution,
I'll remember...

Shine down,
For all the things I've done,
For all these words unspoken,
I'll remember...
Grieving bodies, threw you down
Who are you fighting for?

Shout now,
Before your words are drowned,
Before your soul stars bleeding dry,
I'll remember...

.13 - i need to stop posting shits like this because i can't express myself anymore in my blogs.

day by day, little by little, by every passing second, these flickering small flame is getting smaller, that small flame, which is kept inside a glass of container, no matter how beautiful it is, no matter how calming the smell is, the truth of it was bitter reality, eats it self up even when it's dying.

every fucking second.

Thursday, November 24, 2011

.12 - black sheep.

i'm the kind of guy who always wanted to have the freedom to do anything. i need to do something. my brain just can't cope with the pressure without letting the steams off. i know i'm kinda hot-headed, but in order to control that, i have to divert all the energy towards something else, for example, focus on work, or travelling. it requires a lot of effort, hence the energy to make these things, these distraction to absorb the explosive energy that was bursting out of my body, my behaviour, my words.

but i can't do anything. i don't have my car right now, i'm working from 6 to 6, don't have enough rest, can't sleep, facebook bored me, tv bored me, newspaper is too biased for me, no good movies coming out, (speaking of movies, i can't remember the last time i went out for movie, this sucks.) and i finished catching up one piece, means i don't have anything to read, plus i've finished my anime marathon.

so what now.

i want to get occupied. there's this darkness cloud closing on me and i can't just sit there, watching them getting nearer to me by every fraction of seconds, and just rambling about how my life was just a repititive loop with no apparent end, and to makes thing worst, i can't get a thing out of my fuzzy head. i mean, i know i'm thinking maybe a wee bit too much, so i need to let it out, but it seems like i can't see any opportunity to splash it out, or maybe i hestitated to do so.

well you see, i don't really tell people what is happening to me. even if i did, it was merely a fraction of thought, or memories from me. it's not that i choose not to, but i, find it hard to do so. i wanted to paint the picture, to capture the image, to tell the story, but i'm still too afraid to try those thing. it was painful, it left me vurnerable, i was vurnerable too anything.

it frustrate me more than anyone else in this world. even my family don't understand me. don't get me wrong, i appreciate their effort, and i do want them to understand me, totally, but it's just.. won't work. my mind was too twisted for them to brain, so i ought to pretend that everything was alright, to let them be at ease. i'm terrible right? yeah i know. i'm such a horrible person, for i cannot do anything, yet i din grasp to something.

i want it so badly, all of them, but it seems i will not have it. this is my biggest test in my life i concur.

Monday, November 7, 2011

.11 - fragile.


I will never let you die, dear
And tonight I’ll be close by
I will never leave you hungry
For the crimes of this wasted love
The news should never leave you worried
You’re innocent like a work of art
Truth should never be allowed to live out loud
It will break us apart
In time
I will find the best in me
And I will find the strength to be immune
If only I could
I know you’re fragile
I will never let u die, will never let you try

Thursday, November 3, 2011

.9 - one-way ticket.

bought a one way ticket.

and how worried i am right now, about everything, i hope i'm making the right choice.

i need this. 2305 and i'm off.

Wednesday, November 2, 2011

.8 - hujan di tengah hari

Tiba-tiba dia terjaga dari lelap tidur atas sofa tu.
Serta-merta dia toleh ke kanan, ke arah kaca pemandangan.
Gelap. Suram. Sesekali cerah, dengan geseran awan.
Bunyi tu memang kuat.
Tetapi bukan itu bunyi yang kacau bagi dia.
Bingkas bangun, dia berjalan ke arah tingkap
Dia termenung dari tingkap bilik itu.
Jauh ke bawah.
Memerhatikan deretan titis hujan yang tak henti menghempas bumbung kereta.
Shivers.
Ah, hari ni tak pakai sweater pulak. Waktu aku tak pakai la nak hujan.
Pukul berapa ni? Oh baru pukul 1.30 petang. Apesal gelap?
Soalan bodoh.

****
Kenapa aku tertidur tadi?
Oh. Kerja dah siap. Lepak pantri dengan rakan kerja. Sembang.
Keluar ofis awal. Lari ke sini.
Bilik mama.
Privasi. PA mama takkan kacau.
"Mama pergi dulu eh? Harini mama maybe balik pukul 8 macam tu.. Mama tinggal buah jambu ayaq atas meja. At least makan la jambu ni k?"
OK.
Dan dia lelap.

****
"Kau tak boleh macam tu.. Satu je kau kena ingat, kau takleh hidup dalam kenangan kau, nanti memang kau tak gerak wehh. Macam aku, ex aku. Sekarang dah jadi tunangan orang. Memang la aku frust, tapi aku kena let go lah.." Shahir bagi respon. Aku faham, kau tu bukan tuju kat aku sorang. Dekat kitorang. Yelah, biasalah kalau bercerita, bernasihat. Sebagai orang yang berusia lebih dari aku dengan Zul, dia layak bagi nasihat.

"..."

"Ingat memang ingat, tapi tak boleh terkenang je.."

"Oh, kalau kau ada rasa bersalah? Tapi apa kau boleh buat?"

"Hm.. tu lah.. kalau bersalah tu.. Memang akan menghantui kau lah.."

"Kau ni sepol.. Asyik menanya je. Takkan takde cite kot? Asyik ktorang je story.." Zul menyampok. Eh dia pun banyak diam je. Tapi at least ada lah jugak citer

"Aku.. Nak ada cerita apa je? Lain ah si Shahir ni, macam penyanyi je, banyak cite dengan awek." Aku tersenyum. I mean, apa lagi aku boleh buat?

Sunday, October 30, 2011

.7 - sekali lagi

malam smlm aku rasa arsenal menang. walaupun tak tipu arsenal mcm ta*k je main tapi aku rasa arsenal akan menang, BESAR. walaupun tak lojik dan aku takde ah mengharap arsenal pun.

nogori pun. dalam sokabar semua cakap ganu mng. aku rasa nogori mng. tup tup mcm tu jadi. hm.

intuition. derived from the word irrational function. so, sepatutnya dia irrational dan unreliable lah kan?

Monday, October 17, 2011

.6 - live tweet

saifulaizatSaiful Aizat
Fuck ah harini kes semua mcm sial
21 hours ago

saifulaizatSaiful Aizat
Mood pun dah xde. Mmg faktap. Ah sial sial.
21 hours ago

saifulaizatSaiful Aizat
Kes-kes ni tak susah tp menyusahkan. Leceh. Sial betul.
21 hours ago

saifulaizatSaiful Aizat
Aih. When will i have my long awaited luck? I'm fucking desperate.
21 hours ago

saifulaizatSaiful Aizat
That's it. Malam ni by hook or by crook aku nk keluar. Even if it means aku keluar aimlessly, and i'll have to s… http://gladlyCast.com/gxw6
21 hours ago

saifulaizatSaiful Aizat
Well at least for now i have smthg to look forward for. Evntho its kinda fake but it'll help me go thru today i hope.
21 hours ago

saifulaizatSaiful Aizat
And i hope that nothing gets worse after this or i'll go berserk =_=
21 hours ago

saifulaizatSaiful Aizat
Eventho xde ape ape pressure pun aku dh cukup tension. Fuck lah. Whats wrong with me
21 hours ago

saifulaizatSaiful Aizat
Ah sial ah rasa mcm nk scream my lungs out, bang my head on this fucking table, and i don't even fucking understand why!
21 hours ago

saifulaizatSaiful Aizat
hand is trembling, heart is pumping hard, blood is rushing, lung is busting, choked, and i felt like screaming, … http://gladlyCast.com/gxxb
21 hours ago

saifulaizatSaiful Aizat
I need my blog, which obv i cant blog because i cant online, i need my kancil, because this is fucking ridicls
21 hours ago

saifulaizatSaiful Aizat
Fuck i cant calm myself down!
21 hours ago

saifulaizatSaiful Aizat
Aduuuh mcm mana aku nk buat kerja nii?? By this time i should've finished 15 casses, compared to now, i'm stuckd at the fifth case!
21 hours ago

saifulaizatSaiful Aizat
relax dammit
21 hours ago

saifulaizatSaiful Aizat
Dh 2 jam aku tgk je case ni. Dh la. Baik aku keluar je office
20 hours ago


in the end i end up sleeping in kancil. din go anywhere.


i'm a mess.

Saturday, October 15, 2011

.5 - limitasi

dia terpacak, termangu.
dia baru bukakan mata,
kepala pusing,
dunia berputar,
pandangan bervignette,
gelap.
dunia luar pun sudah gelap.


dia binggung.


dia sudah bosan.
keterlaluan di kecam, di hina
padahal dia manusia biasa.
dia bosan,
dengan dirinya yang terlalu salah.
terlalu dihukum.

dia cuma dapat bermimpi.
suatu hari;
biar dia hidup di jalanan,
biar dia tidur berlantaikan tar dipijak orang,
dia tak kisah.

dia cuma mahu kepastian.
yang dia betul-betul seorang.
dia sudah penat menipu dirinya,
si dia akan membantu, si dia dan dia dan dia akan menolong,
sebaliknya,
dia cuma mahu kepastian.

andaikata beginilah takdirnya,
takdir yang ditilik sejak awal lagi,
perlukah dia diuji sebegini rupa sekali?
takdir ini sudah cukup seksa,
inikan, haih.
memang hidup ni payah.

dia lebih rela papa, kedana.
membuka wallet, ada satu kertas biru dan itu sahaja
dia lebih rela orang tak kesah
dari pura pura kesah

dia cuma mahukan kepastian.

tak lebih,
tak kurang.

kepastian yang melahirkan ketabahan,
keredhaan.
kepastian.
dia taknak mati,
tapi,
dia pasti yang dia tiada nafsu untuk hidup juga.

Friday, October 14, 2011

.4 - the day he won't forget.

Dengan senyuman, mereka memberi surat itu kepada dia. Dia terkebil-kebil.

"To whom it may regards,

Sir,

The patient has been operated twice, one late last year, another one just a few months ago. While it is good to be optimist, you must prepare financially as she might need to continue the treatment for the whole of her still long life. We certainly hope that she responds to our medicines and treatments but I ought to remind you that you shouldn't hope for something rather miraculous. Anyhow for the next procedure we are hoping that you would give permission to -----"

Tulisan berangkai tu walau susah, dia masih dapat membaca. Si lelaki yang memberi surat itu kemudian merangkul leher budak itu, dan dia dapat rasakan lengannya, menggeletar.. Si budak itu terus teresak-esak,

"Janganlah macam ni, Uncle lagi sedih tau? Dia nampak macam ni, mesti dia lagi sedih kan?"

Si budak mendonggak,

"Sabarlah, I know you're strong," Sambil meletak tangan di atas kepala.

Friday, October 7, 2011

.3 - aku manusia.

aku manusia.
aku bisa marah.
aku bisa sakit hati.

aku bisa kecewa,
aku bisa penat,
aku bisa ketawa,
aku bisa sedih.

aku si driver
aku si buruh
aku si gardener.


aku lah si teraju impian,
aku lah si harapan keluarga,
aku lah si 'kebanggaan keluarga'

tapi, pada masa yang sama,
aku juga pemusnah impian keluarga
aku lah pengaruh buruk keluarga aku
aku juga si jahat
si setan yang suka cari pasal
si setan yang suka bergaduh
bertumbuk,
melayangkan tumbukan, menerima tendangan, menerima jahitan
aku, ANAK DERHAKA.
aku pengotor, mencampak najis di nama keluarga aku
aku jugak?


lupakah kalian, aku anak kau orang?
lupakah kalian, aku telah berusaha?
lupakah kalian, aku sudah mencuba yang terbaik?
lupakah kalian, apa yang aku telah buat?
lupakah kalian,

lupakah?

aku pun manusia,
punya hati dan perasaan,
ingin dimanjakan kedua ibu bapa ku
ingin sekali mendengar 'good job' instead of you have to acheive better
ingin sekali mendengar pujian keluarga,
ingin dihargai

kenapa aku ?
aku dah cuba,
bukan tak cuba langsung
ada orang tak payah mencuba
dia disayangi, dimanja, dikasihi
merekalah orang yang sentiasa menang
dan akulah yang sentiasa mencemburui mereka
dengan sedikit usaha
banding dengan aku..


aku tak bisa ada apa apa
aku tak ada trump card
aku tak ada kelebihan
aku tak pandai,
aku tak kacak,
aku tak baik,
aku tak berbakat
aku tak bisa buat apa sahaja.
hati aku pun tak cekal,
badan aku pun, tak kuat

kenapa aku?
aku buat salah apa?
salah masa lampau, aku masih menanggung rasa sesal tu

aku ..taknak mati..
tapi, aku tak kesah dengan hidup jugak
aku dah segan dah,
entah berapa ribu kali sudah aku meminta,
menadah tangan kepadaMu,
aku malu,
tak malu ke kalau tiap2 malam mintak tolong?
tapi aku tak tahu macam mana dah,
macam mana lagi?
apa lagi cara aku ada?


dalam kepala aku
ada suara mengulang, kuat, kuat, kuat
kuat
kuat
kuat
kuat
tapi makin kuat suara tu, makin hati aku luluh
aku tak mampu dah nak jadi kuat
berapa lama lagi aku boleh tahan?


kau orang lupakah?
aku juga manusia.
sama macam kalian.
yang bisa marah-marah
yang bisa kecewa
yang bisa terasa
yang bisa melenting

aku hanya mampu senyum
apa lagi aku mampu buat.
senyum pun dah berat,
berat.

lupakah kau orang?
aku juga manusia

bisa menangis

Wednesday, October 5, 2011

.2 - jangan turun hujan

Petang tu dia macam biasa, terperangkap lagi.
Dalam kota batu, dia lemas dalam sungai tar.
Dia dapat lagi melihat wap-wap panas naik ke udara,
hasil curahan air dari langit tadi.
Kehidupan sebagai penggaris, penarik pensel, pengoyak kertas,
yang kekadang ke lapangan untuk melihat hasilnya,
anaknya,
sedang dipahat, didirikan.
Dia selalu berdiri, memegang segulung 'sijil lahir',
sambil tersenyum.

Kini di sungai itu,
dalam hutan batu,
dia lemas dalam sungai itu.
Tapi riak mukanya kosong.
Selamba.
Sudah biasa.
Lambat laun selesai jugaklah.
Dapat aku bergerak, ke arah katil.
Katil sahaja dalam fikiran dia.

Katil hilang pergi.

Dia masih lagi terpana. Stereng dilepaskan. Mulutnya terbuka sedikit. Lama. Dan dia menyuapkan kentang berbentuk separa bulat itu ke dalam mulutnya. Mengunyah, sikit, sikit. Tawar. Aku patut bawak sos.

Sesekali, kakinya melepaskan pedal brek, kereta Austin Mini itu bergerak perlahan. Dan ditekannya brek kembali. Dia kembali mengunyah.

Urgh alangkah baiknya malam ni, aku tidur terus. Kuala Lumpur. Pernah tak kau tak jem? Seingat aku dari masa aku boleh mengingat, Kuala Lumpur memang sesak. Sampai sekarang. Biarpun dengan jejantas, jejambat, flyover, tunnel, smart tunnel, apa lagi, semua sama sahaja.

Kerajaan sentiasa lambat satu langkah. Bentak hati dia. Kalau dari tahun 2000 dah ada semua tu, dari tahun 2000 kota ni bebas kesesakan. Sekarang 2010, tapi baru siap, lambat 10 tahun! Sekarang baru nak buat monorail apa bagai, nanti 5 tahun akan datang, baru siap, tapi dah terlambat, macam mana?
Hatinya terus memberontak. Mulut dia masih terkunci. Kosong, mimik mukanya. Ke hadapan sahaja pandangan dia.

Rakyat pula terus merintih, bukan merintih nasib mereka, tetapi merintih dengan fitnah. Freemason, Pembinaan gereja terbesar di Asia, so what? Apa kena mengena dengan kita umat Islam? Salahkah mereka beribadat? Kita ada kubah terbesar pun apa kita buat? Pernah dengar satu Shah Alam pergi jemaah di Masjid Negeri?

Dan terus memberontak. Sesekali dia mengetuk-ngetuk radio itu. Lapuk. Tetapi berbunyi. Dia kembali senyum.

Perlu ke ada perbezaan kaum?

Serentak dengan itu semuanya bagaikan kilauan cahaya. Bagaikan cerekarama. Bagaikan tayangan layar perak.

Kriuukkk. Pintu itu dikuak. Dia terpaling, lamunan dia terhenti. Dilihat ada kepala menjenguk. Ahhh sudah.

"Boleh saya masuk?" Apesal tak boleh pulak, masuk jela. Bukan bilik aku pun.
"Em.." Malas sahaja.

Si perempuan masuk, berbaju kurung moden, berambut panjang. Dan dia mula mengukir senyuman. Si lelaki pula hanya memandang. Si perempuan tunduk, dan mengangkat kepala dia serta-merta. Sambil masih tersenyum. Si lelaki hairan.

"I saw you enter the pantry several times already hari ni.."
"Oh, guilty as charged" Balas lelaki tu, senyum.
"You datang dari mana?" Si perempuan mula memecahkan ais.
"Seksyen 2, Shah Alam" Ringkas, seolah tak mau ingin mengekalkan ais tu.

Dan sunyi. Ergh awkward gila.

"You?"
"Oh, saya datang dari Klang." Lelaki itu hampir tersembur Milo yang sedang dihirupnya terdengar. Klang? Apesal dengan slanga English? Kleng?
"Kenapa?" Si dia tertanya-tanya.
"Oh, takde, takde ape-ape." Dia masih cuba mengekalkan ais.
"By the way, my name is Sherry. Sherry-Fah."
"Orang panggil saya Ali. But you can call me Ally." Sambil menyahut jabatan tangan.
"Tak payah mengangjing. I know I speak rojak," Dia menggenggam tangan kuat-kuat. Si lelaki tadi terjengket menahan, tak terduga.
"and, your name is Zulkarnain."

Dia tersenyum.

Tuesday, October 4, 2011

.1 - paksa rela

aku senyum.
dia senyum.
dia ikhlas.
aku paksa.
dia kuatkan diri.
aku paksakan diri.
dan akhirnya dia tersungkur.
tetapi masih senyum.

aku?
masih paksa.

sampai sekarang.