Saturday, October 15, 2011

.5 - limitasi

dia terpacak, termangu.
dia baru bukakan mata,
kepala pusing,
dunia berputar,
pandangan bervignette,
gelap.
dunia luar pun sudah gelap.


dia binggung.


dia sudah bosan.
keterlaluan di kecam, di hina
padahal dia manusia biasa.
dia bosan,
dengan dirinya yang terlalu salah.
terlalu dihukum.

dia cuma dapat bermimpi.
suatu hari;
biar dia hidup di jalanan,
biar dia tidur berlantaikan tar dipijak orang,
dia tak kisah.

dia cuma mahu kepastian.
yang dia betul-betul seorang.
dia sudah penat menipu dirinya,
si dia akan membantu, si dia dan dia dan dia akan menolong,
sebaliknya,
dia cuma mahu kepastian.

andaikata beginilah takdirnya,
takdir yang ditilik sejak awal lagi,
perlukah dia diuji sebegini rupa sekali?
takdir ini sudah cukup seksa,
inikan, haih.
memang hidup ni payah.

dia lebih rela papa, kedana.
membuka wallet, ada satu kertas biru dan itu sahaja
dia lebih rela orang tak kesah
dari pura pura kesah

dia cuma mahukan kepastian.

tak lebih,
tak kurang.

kepastian yang melahirkan ketabahan,
keredhaan.
kepastian.
dia taknak mati,
tapi,
dia pasti yang dia tiada nafsu untuk hidup juga.

1 comment: