Wednesday, October 5, 2011

.2 - jangan turun hujan

Petang tu dia macam biasa, terperangkap lagi.
Dalam kota batu, dia lemas dalam sungai tar.
Dia dapat lagi melihat wap-wap panas naik ke udara,
hasil curahan air dari langit tadi.
Kehidupan sebagai penggaris, penarik pensel, pengoyak kertas,
yang kekadang ke lapangan untuk melihat hasilnya,
anaknya,
sedang dipahat, didirikan.
Dia selalu berdiri, memegang segulung 'sijil lahir',
sambil tersenyum.

Kini di sungai itu,
dalam hutan batu,
dia lemas dalam sungai itu.
Tapi riak mukanya kosong.
Selamba.
Sudah biasa.
Lambat laun selesai jugaklah.
Dapat aku bergerak, ke arah katil.
Katil sahaja dalam fikiran dia.

Katil hilang pergi.

Dia masih lagi terpana. Stereng dilepaskan. Mulutnya terbuka sedikit. Lama. Dan dia menyuapkan kentang berbentuk separa bulat itu ke dalam mulutnya. Mengunyah, sikit, sikit. Tawar. Aku patut bawak sos.

Sesekali, kakinya melepaskan pedal brek, kereta Austin Mini itu bergerak perlahan. Dan ditekannya brek kembali. Dia kembali mengunyah.

Urgh alangkah baiknya malam ni, aku tidur terus. Kuala Lumpur. Pernah tak kau tak jem? Seingat aku dari masa aku boleh mengingat, Kuala Lumpur memang sesak. Sampai sekarang. Biarpun dengan jejantas, jejambat, flyover, tunnel, smart tunnel, apa lagi, semua sama sahaja.

Kerajaan sentiasa lambat satu langkah. Bentak hati dia. Kalau dari tahun 2000 dah ada semua tu, dari tahun 2000 kota ni bebas kesesakan. Sekarang 2010, tapi baru siap, lambat 10 tahun! Sekarang baru nak buat monorail apa bagai, nanti 5 tahun akan datang, baru siap, tapi dah terlambat, macam mana?
Hatinya terus memberontak. Mulut dia masih terkunci. Kosong, mimik mukanya. Ke hadapan sahaja pandangan dia.

Rakyat pula terus merintih, bukan merintih nasib mereka, tetapi merintih dengan fitnah. Freemason, Pembinaan gereja terbesar di Asia, so what? Apa kena mengena dengan kita umat Islam? Salahkah mereka beribadat? Kita ada kubah terbesar pun apa kita buat? Pernah dengar satu Shah Alam pergi jemaah di Masjid Negeri?

Dan terus memberontak. Sesekali dia mengetuk-ngetuk radio itu. Lapuk. Tetapi berbunyi. Dia kembali senyum.

Perlu ke ada perbezaan kaum?

Serentak dengan itu semuanya bagaikan kilauan cahaya. Bagaikan cerekarama. Bagaikan tayangan layar perak.

Kriuukkk. Pintu itu dikuak. Dia terpaling, lamunan dia terhenti. Dilihat ada kepala menjenguk. Ahhh sudah.

"Boleh saya masuk?" Apesal tak boleh pulak, masuk jela. Bukan bilik aku pun.
"Em.." Malas sahaja.

Si perempuan masuk, berbaju kurung moden, berambut panjang. Dan dia mula mengukir senyuman. Si lelaki pula hanya memandang. Si perempuan tunduk, dan mengangkat kepala dia serta-merta. Sambil masih tersenyum. Si lelaki hairan.

"I saw you enter the pantry several times already hari ni.."
"Oh, guilty as charged" Balas lelaki tu, senyum.
"You datang dari mana?" Si perempuan mula memecahkan ais.
"Seksyen 2, Shah Alam" Ringkas, seolah tak mau ingin mengekalkan ais tu.

Dan sunyi. Ergh awkward gila.

"You?"
"Oh, saya datang dari Klang." Lelaki itu hampir tersembur Milo yang sedang dihirupnya terdengar. Klang? Apesal dengan slanga English? Kleng?
"Kenapa?" Si dia tertanya-tanya.
"Oh, takde, takde ape-ape." Dia masih cuba mengekalkan ais.
"By the way, my name is Sherry. Sherry-Fah."
"Orang panggil saya Ali. But you can call me Ally." Sambil menyahut jabatan tangan.
"Tak payah mengangjing. I know I speak rojak," Dia menggenggam tangan kuat-kuat. Si lelaki tadi terjengket menahan, tak terduga.
"and, your name is Zulkarnain."

Dia tersenyum.

No comments:

Post a Comment