pertarungan psikoloji bermula.
di medan perang atas genting, masih panas.
wap keluar bila rembesan air dari awan.
jatuh titis titis atas kulit kepala.
bila mana kegelapan ini semakin merasuk hati,
aku harus kekal disini.
yang pasti, aku ingin pergi bertarung,
tetapi aku masih disini.
aku menyerah.
kau menang agaknya pertarungan ini.
yang penting aku yakin akan menang perang ini.
kerana tumpah darah aku tak mampu berusaha lagi,
tapi aku tahu dia masih akan bahagia.
selamat malam, tiada sesiapa.
No comments:
Post a Comment