Monday, April 29, 2013

.26a - for against tomorrow.


Dan mulut mereka terkunci, ingin berkata-kata, cuma perkataan menjadi penghalang, lalu membiarkan hanya mata berbual. Si perempuan terpaksa mengangkat dagunya sedikit mendongak untuk melihat si lelaki, si lelaki pula cuba melonggarkan tali lehernya.

"Oh pipi awak--" Serentak tangan si perempuan mencapai kain dari kocek kiri dan mengelap kotoran di muka si lelaki, niat nya. Bila tangan dia mendekati muka, cuma seperti magnet, tidak bergerak, bersihkan apatah lagi.

Lalu dia terkejut pabila tangan lelaki itu memegang tangan dia, terlepas. Sapu tangan itu sempat ditangkap si lelaki, dan apabila dia toleh mukanya, ingin dipulangkan kembali, si perempuan sudah berlari menaiki tangga. Dari jauh dia melihat, kaget, tapi tenang. Perlahan dia melipat sapu tangan itu, lalu disimpan dalam kocek.

Hati si perempuan masih berdebar-debar.

-----

Dia kembali terduduk di tangga itu. Kenapa? Aku harap engkau dapat menghalang aku. Tak, aku NAK engkau halang aku. Tetapi dia sendiri sedar, ketidak upayaan dia meluahkan perasaan sendiri akhirnya menyebabkan dia disini hari ini. Tanpa tujuan yang utama. Dia hanya melakukan rutin. Rutin setiap hari ketika dia masih bekerjaya. Masih mampu mencari sesuap nasi, mengembirakan hati dan memenangi hati si gadis istimewa.

Tetapi itu dahulu. Kemelesetan ekonomi pada tahun ini sangat dasyat. Semua bermula Oktober 29 1929, iaitu tahun lepas. Apabila stok saham di Wall Street jatuh mengejut, lalu menyebabkan bank tempat dia bekerja terpaksa ditutup. Dia kehilangan tempat mencari rezeki. Kemudian disebabkan stok saham yang aku laburkan tidak dapat dijual, aku jatuh bankrap, papa kedana.

Dan si dia lari meninggalkan aku. Dasar pisau cukur. Gigi digetap rapat. Geram.

-----

Si perempuan berdiri di tepi jalan. Suasana murung di bandar jelas memakan kegembiraan dibandingkan dua tahun lepas. Ingin mengambil sapu tangan untuk menahan teksi, tetapi lain yang dicapai dalam poket blouse itu. Kertas yang disembunyikan, entah kenapa. Teksi berhenti melihat seorang gadis berdiri seorang di bahu jalan. Rezeki, syukur.

Teringat muka si lelaki tadi, sunyi. Muka yang, kalah. Dia terasa sedih, simpati, bertanggungjawab. Rasa bersalah mula menghuni hati bilamana dia teringat surat itu. Sudahlah mengambil tanpa kebenaran, dia sudah mula membaca patah pertama dalam surat tersebut.

Kepada yang disayangi, Dorothy

Tolong kembali dalam hidup aku, 
aku perlukan kekuatan dari engkau.
Aku sedar kelemahan aku, 
aku cuma perlukan semangat engkau.

Dan kemaafan engkau.

Pendek. Ringkas. Perempuan itu berhenti sejenak di perenggan pertama. Kemudian sesuatu melanggar layangan fikiran dia. Entah entah..

Laju dia berlari anak, kembali ke dalam Grand Central Station. Begnya dia tinggalkan, terus. Pemandu teksi itu berteriak memanggil. Dalam kekalutan di Grand Central tu, suara pemandu teksi itu terus tenggelam. Perlahan dia berundur setapak dua, Maafkan aku, puan. Dia mengambil beg itu lalu disumbatkan dalam teksi yang masih panas enjinnya. Lalu perlahan dia memandu, agar kelihatan tidak menonjol, menghilang dalam lautan kenderaan dan pejalan kaki. Maaf, seribu maaf puan, anak saya masih kecil.

-----

Hampir tercungap cungap dia berlari, akhirnya sampai di tangga. Dia ternampak si lelaki itu, termenung jauh ke tanah seribu batu kerikil. Tuhan, tuhan, tolonglah.. Tolong jangan! Kasut Mary Jane yang dipakainya ibarat terbang mengikut rentak larian si empunya, laju menuruni tangga, sambil dilihat si lelaki masih termenung kosong. Terdengar jeritan hon yang semakin hampir, seperti, seperti, jeritan kesakitan jelata, si perempuan masih teruskan larian.

Dan dihadapan dia, lelaki itu melangkah ke landasan keretapi tersebut. Selangkah, dua langkah.

Hanya kedengaran bunyi raungan keretapi, merintih sayu. Bodohnya manusia yang tidak reti menghargai kehidupan. Kaki yang nipis itu seolah kehilangan daya, langsung dia terduduk.

Air mata mengalir, entah kenapa.


No comments:

Post a Comment