Friday, April 26, 2013

.23 - empat ratus enam puluh lapan.

lama dia meletakkan kepala dia atas meja itu, menindih papan kekunci. lama betul, dia rasa. dia fikir. ligat otak dia cuba mengacau tumpuan dia. kekadang dia pun hairan. kerana benda begini dia jarang sekali lalai. dia mesti akan tertumpu kembali. benda yang begini lah yang dia akan ingat. benda yang begini, yang sentiasa meracun hati dia.

dia mengengam erat dada. entah kenapa. bukan zahir pun sakit beliau. tidak terasa saraf sakit di otak, tetapi dia terus mengengam kulit di dada.

sakit hati. sangat.

-----------------------------------

mata dia tertutup rapat, gigi dia ketap kuat, tangan menarik kulit dada, otak cuba menenangkan keadaan. berat sungguh, fikir otak. apa yang engkau fikir, engkau zahirkan melalui kata-kata, tetapi apa yang engkau buat adalah berlandaskan hati engkau, yang, sama sekali lain dari apa yang engkau fikir awal-awal. sekarang, nah. merasa engkau perit ke tidak.

ah engkau apa tahu otak. senang sungguh engkau suruh roh badan ni, menyerah. dia pernah menyerah, dan ternyata dia sengsara. sampai ke saat ini.

apa beza nya wahai hati? sudahnya begini juga. engkau suruh lah roh ini cuba sedaya upaya apa jua cara, apa yang dia dapat? dia usaha itu, ini cuba pelbagai cara untuk menyelamatkan semua benda, tetapi satu pun dia gagal, semua tercicir. itu bodoh. dia merosakkan engkau hati! dia menyeksa engkau!

memang aku terseksa, aku sakit! empat ratus enam puluh lapan matahari aku kira, dia lihat dengan mata lebam, hati bungkam. merenung jauh. ke mana? bulan patah sampai hilang fizikalnya, sehingga lengkap kembali, daun hijau muda menjadi koko, jatuh ke tanah, sehingga disatukan menjadi sarang burung, aku seksa! tetapi apa lagi aku mampu? menyerah? biar dia kalah, membenci diri sendiri kerana mengalah? membenci diri sendiri kerana berputus asa?

biar lah dia menyerah, wahai hati.. sudahlah.. engkau lihat dia begitu, terkejar kejar, tak tertangkap nafas, berusaha walau penat mana pun, sudah lah tak mampu berehat dikala semua yang dikejarnya dibuai mimpi? sanggup kah engkau lihat dia menyeksa badan dia begitu?

aku.. tak sanggup wahai otak..

aku pun tak sanggup dia menyerah, hati.. tanpa engkau, dia bukan dia..

----------------------------------------

rasa gatal lengan, di tampar nya lengan kanan. mata kanan dia dibuka. reda pun hati. sunyi pun otak. tetapi dia sedar, bagai semenanjung korea, keadaan masih tegang. silap langkah masing-masing mengeluarkan hujah, menunjukkan kesalahan masing-masing. padahal masih satu semenanjung. sedih, tetapi entah bila akan bergabung kembali, meningkah arus bersama.

lantas tangan kanan dia menangkap tetikus, lalu mengarah ke arah program Spotify.


Try living a lie and kicking out the same old guise
Wasting time, so very ordinary
Wait until my bomb goes off
See the actors run and hide
Fake it all in stride
One day we all can say we're gone
And haunt the ground we're from
Everything's so open wide
Here within the divide
Ain't it the life, ain't it the life
Got no crime
Just sail on by..
Just sail on by..

perlahan diletakkan kembali kepala dia dihadapan skrin 21' itu. cerah cahaya skrin itu menerangi ruang yang kelam itu.

sambil mulut dia mengukir senyuman. ain't it the life? hidup tak pernah adil.

perlahan pengira angka bergerak. empat ratus enam puluh sembilan.

No comments:

Post a Comment