pertarungan psikoloji bermula.
di medan perang atas genting, masih panas.
wap keluar bila rembesan air dari awan.
jatuh titis titis atas kulit kepala.
bila mana kegelapan ini semakin merasuk hati,
aku harus kekal disini.
yang pasti, aku ingin pergi bertarung,
tetapi aku masih disini.
aku menyerah.
kau menang agaknya pertarungan ini.
yang penting aku yakin akan menang perang ini.
kerana tumpah darah aku tak mampu berusaha lagi,
tapi aku tahu dia masih akan bahagia.
selamat malam, tiada sesiapa.
Monday, April 29, 2013
.26a - for against tomorrow.
Dan mulut mereka terkunci, ingin berkata-kata, cuma perkataan menjadi penghalang, lalu membiarkan hanya mata berbual. Si perempuan terpaksa mengangkat dagunya sedikit mendongak untuk melihat si lelaki, si lelaki pula cuba melonggarkan tali lehernya.
"Oh pipi awak--" Serentak tangan si perempuan mencapai kain dari kocek kiri dan mengelap kotoran di muka si lelaki, niat nya. Bila tangan dia mendekati muka, cuma seperti magnet, tidak bergerak, bersihkan apatah lagi.
Lalu dia terkejut pabila tangan lelaki itu memegang tangan dia, terlepas. Sapu tangan itu sempat ditangkap si lelaki, dan apabila dia toleh mukanya, ingin dipulangkan kembali, si perempuan sudah berlari menaiki tangga. Dari jauh dia melihat, kaget, tapi tenang. Perlahan dia melipat sapu tangan itu, lalu disimpan dalam kocek.
Hati si perempuan masih berdebar-debar.
-----
Dia kembali terduduk di tangga itu. Kenapa? Aku harap engkau dapat menghalang aku. Tak, aku NAK engkau halang aku. Tetapi dia sendiri sedar, ketidak upayaan dia meluahkan perasaan sendiri akhirnya menyebabkan dia disini hari ini. Tanpa tujuan yang utama. Dia hanya melakukan rutin. Rutin setiap hari ketika dia masih bekerjaya. Masih mampu mencari sesuap nasi, mengembirakan hati dan memenangi hati si gadis istimewa.
Tetapi itu dahulu. Kemelesetan ekonomi pada tahun ini sangat dasyat. Semua bermula Oktober 29 1929, iaitu tahun lepas. Apabila stok saham di Wall Street jatuh mengejut, lalu menyebabkan bank tempat dia bekerja terpaksa ditutup. Dia kehilangan tempat mencari rezeki. Kemudian disebabkan stok saham yang aku laburkan tidak dapat dijual, aku jatuh bankrap, papa kedana.
Dan si dia lari meninggalkan aku. Dasar pisau cukur. Gigi digetap rapat. Geram.
-----
Si perempuan berdiri di tepi jalan. Suasana murung di bandar jelas memakan kegembiraan dibandingkan dua tahun lepas. Ingin mengambil sapu tangan untuk menahan teksi, tetapi lain yang dicapai dalam poket blouse itu. Kertas yang disembunyikan, entah kenapa. Teksi berhenti melihat seorang gadis berdiri seorang di bahu jalan. Rezeki, syukur.
Teringat muka si lelaki tadi, sunyi. Muka yang, kalah. Dia terasa sedih, simpati, bertanggungjawab. Rasa bersalah mula menghuni hati bilamana dia teringat surat itu. Sudahlah mengambil tanpa kebenaran, dia sudah mula membaca patah pertama dalam surat tersebut.
Kepada yang disayangi, Dorothy
Tolong kembali dalam hidup aku,
aku perlukan kekuatan dari engkau.
Aku sedar kelemahan aku,
aku cuma perlukan semangat engkau.
Dan kemaafan engkau.
Pendek. Ringkas. Perempuan itu berhenti sejenak di perenggan pertama. Kemudian sesuatu melanggar layangan fikiran dia. Entah entah..
Laju dia berlari anak, kembali ke dalam Grand Central Station. Begnya dia tinggalkan, terus. Pemandu teksi itu berteriak memanggil. Dalam kekalutan di Grand Central tu, suara pemandu teksi itu terus tenggelam. Perlahan dia berundur setapak dua, Maafkan aku, puan. Dia mengambil beg itu lalu disumbatkan dalam teksi yang masih panas enjinnya. Lalu perlahan dia memandu, agar kelihatan tidak menonjol, menghilang dalam lautan kenderaan dan pejalan kaki. Maaf, seribu maaf puan, anak saya masih kecil.
-----
Hampir tercungap cungap dia berlari, akhirnya sampai di tangga. Dia ternampak si lelaki itu, termenung jauh ke tanah seribu batu kerikil. Tuhan, tuhan, tolonglah.. Tolong jangan! Kasut Mary Jane yang dipakainya ibarat terbang mengikut rentak larian si empunya, laju menuruni tangga, sambil dilihat si lelaki masih termenung kosong. Terdengar jeritan hon yang semakin hampir, seperti, seperti, jeritan kesakitan jelata, si perempuan masih teruskan larian.
Dan dihadapan dia, lelaki itu melangkah ke landasan keretapi tersebut. Selangkah, dua langkah.
Hanya kedengaran bunyi raungan keretapi, merintih sayu. Bodohnya manusia yang tidak reti menghargai kehidupan. Kaki yang nipis itu seolah kehilangan daya, langsung dia terduduk.
Air mata mengalir, entah kenapa.
.26 - for long tomorrow
Kasut kulit Thom McAn coklat kehitaman itu menapak satu, satu. Makin lama, makin laju irama langkah kaki. Beg bimbit itu terhayun mengikut kelajuan tangan, sambil sebelah lagi tangan dihulurkan ke hadapan, meminta laluan. Sesekali tangan itu ditekapkan di kepala, menekan fedora hitam. Sambil melangkah sekarang, laju, dia mengangkat tangan dia, mencari muka jam, tetapi gagal.
Alamak.. sudah. Kaki tadi yang semangat melangkah, terhenti serta merta. Dia terpacak. kepala mengikut berpusing mengikut arah mana mata menoleh, mencari. Terlihat patung Mercury warna kelabu dull itu. Di kaki kanan patung tersebut jelas terlihat objek yang dicari, maka diteliti jarum jam yang statik, kadang perlu memincingkan mata.
"Sembilan setengah?!" separuh menjerit suara serak milik tubuh setinggi lebih 175 sentimeter itu. Tetapi tiada seorang pun di Grand Central itu menoleh, melihat milik siapa. Semua sibuk, masing-masing fokus. Sibuk, di sini sentiasa sibuk. Tiada masa untuk terpacak melihat jam dan terkejut melihat muka jam itu. Belas ikhsan, tuhan, sempatkan aku, sambil kembali melangkah, kali ini lebih laju.
Setiap satu anak tangga itu dipijaknya hanya setengah saat, laju, sesekali dia melangkah 2, kemudian kembali satu, satu. Orang yang ramai di situ berasak untuk naik, petanda buruk yang terakhir; mereka semakin sedikit! Biarpun perlu cepat, kalau terjatuh akan melambatkan lagi aku. Tenangkan hati kalau tak.. ah peduli! Aku dah lamb--
Buk! Ada siku menghentak bahu dia, perlahan tetapi cukup untuk membuatkan dia hilang keseimbangan, lalu tergolek menghempas batu bata platform di bawah. Well at least aku dah sampai bawah.. Dia menepuk nepuk lengan baju sewaktu dia perasan dokumen di dalam bag bimbit itu sudah terburai di lantai. Terbang sehelai dua, dia cuba menangkap, terlepas, sehelai lagi dari lantai cuba terbang, dia cuba mengapai, gagal.
Akhirnya dia berputus asa. Dilihat sehelai demi sehelai melayang layang, ibarat mengucapkan selamat, dia cuma mampu melihat.
"Umm, ini awak punya?" Perlahan dia menoleh, ke belakang, eh?
"Ah, ye, terima kasih, tuhan ini sungguh memalukan" Secara entah sengaja atau tidak dia meluncurkan ayat itu pabila dia terpandang susuk seorang wanita pertengahan 20 sedang memeluk kertas kertas di dada.
"Tak apa, tak apa.." Seraya meletak di atas lantai.
Lelaki itu cuma melihat, tiba-tiba dalam hati dia terdetik. Eh, nanti!
Grooooo! Laju keretapi meluncur mengikut landasan. Semua kertas yang dikumpul perempuan itu berselerakkan, terbang, dan satu mengena muka lelaki itu, dan kekal disitu, ditolak angin. Kelat muka si perempuan, perlahan tarik kertas di muka lelaki itu. Tak percaya seolah olah terpampang di muka lelaki itu, mengeruhkan lagi hati si perempuan.
"Maaf saya cuma --"
"Tak apa, tak apa.. semua tu tak penting dah.. "
"Kertas apa tu?"
"Tak penting.. tak penting.. awak okay?" Si lelaki cuba mengalih topik. Faham, si perempuan cuma mengangguk setuju.
"Awak tak naik atas lagi?" Si lelaki akhirnya bangun sambil menepuk-nepuk seluar slack.
"Oh tak.. saya memang selalu sengaja tak naik atas, cuma tak mahu bersesak, rimas" Perempuan itu tertunduk.
"Awak pula? Hendak ke mana?" Sambungnya.
"Oh.. saya tak tahu.." Sambil pandangannya di campak jauh ke landasan keretapi itu, melirik saki baki helaian kertas yang terbang. Si perempuan yang perasan, hanya mengengam erat kertas itu, lalu cuba sembunyikan didalam kocek blouse biru yang dikenakan itu.
Dan mulut mereka terkunci, ingin berkata-kata, cuma perkataan menjadi penghalang, lalu membiarkan hanya mata berbual. Si perempuan terpaksa mengangkat dagunya sedikit mendongak untuk melihat si lelaki, si lelaki pula cuba melonggarkan tali lehernya.
"Oh pipi awak--" Serentak tangan si perempuan mencapai kain dari kocek kiri dan mengelap kotoran di muka si lelaki, niat nya. Bila tangan dia mendekati muka, cuma seperti magnet, tidak bergerak, bersihkan apatah lagi.
Lalu dia terkejut pabila tangan lelaki itu memegang tangan dia, terlepas. Sapu tangan itu sempat ditangkap si lelaki, dan apabila dia toleh mukanya, ingin dipulangkan kembali, si perempuan sudah berlari menaiki tangga. Dari jauh dia melihat, kaget, tapi tenang. Perlahan dia melipat sapu tangan itu, lalu disimpan dalam kocek.
Hati si perempuan masih berdebar-debar.
-----
Keretapi dari Michigan Central Station itu bertolak, awal jam 6 pagi. Si perempuan masih leka menghadap luar tingkap, sambil angin lagu menolak kasar rambut kuning perang ikal panjang. Dia hanya termenung, kadang-kadang teringat kembali kisah lama di Grand Central Station. Sudah dua bulan, tetapi setiap kali aku teringat, pasti dada aku akan terombak-ombak. Tuhan, apa sudah jadi dengan aku? Banggunan tinggi yang kusam silih menggantikan panorama di mata si perempuan, yang kini hanya tersengih seorang diri, melayan pita rakaman minda, pita suara hati.
Dia melangkah keluar sebagai antara orang-orang terakhir tiba sahaja keretapi itu, dia mengeluh. Tidak mahu meletak harapan tinggi, tetapi hati dia sudah berbunga-bunga. Tak mungkin terjadi, dua bulan sejak hari itu. Dia tunduk, lalu membiarkan manusia manusia yang seolah tidak berhati terus berasak, ibarat seangkatan semut terjumpa sebutir gula. Dan dia bersandar di tiang bumbung Grand Central Station itu.
Lama dia tertunduk disitu, kurang sedikit dari 10 minit. Leka mengelamun.
"Tak mahu naik ke atas lagi kah?" Terdengar satu suara, memecah lamunan. Dia mencari, kiri, kanan. Mustahil! Tak ada orang. Ah otak aku bermain dengan aku rupanya.
"Mari, saya berhutang awak secawan kopi." Suara itu bermain lagi. Kali ni dia pasti, ini asli.
Lalu dia mencari lagi sekali, cuma kali ni, dia menoleh ke belakang tiang tempat dia bersandar sebentar tadi. Dia tersenyum, lelaki itu pun tersenyum. Bagaimana?
"Awak mesti tertanya tanya bagaiman saya tahu awak akan ada disini, bukan?" Seolah psikik, membaca minda.
"Senang," Terang si lelaki tanpa diminta.
"Saya tak tahu." Eh?
"Saya tak tahu, tapi saya tak perlu tahu. Saya cuma perlu tunggu awak disini, kerana awak akan datang lagi"
Si perempuan tergamam. Jadi, awak tunggu saya setiap hari hampir dua bulan? Merepek, kenapa awak perlu buat begitu? Serentak dia memeluk lelaki itu, dan peluknya, di balas, erat.
"Nama saya Williams. Awak?"
"Saya Lily. Gembira berkenalan"
"Nama saya Williams. Awak?"
"Saya Lily. Gembira berkenalan"
.25 - rockstar
kadang kadang aku tertanya, kenapa aku?
sebab aku bukan hebat, jauh sekali power.
aku awkward, dia perfect.
dia bagai seorang bintang, bijak melayan semua peminat
aku cuma tahu lari, privatekan tweet dan blog.
semua orang adores dia,
semua orang tak ingat aku
setiap lirikan dia membungakan hati semua
setiap bisikan aku gelisahkan kau
dia tahu lagu mana sesuai dengan kau
aku cuma tahu lagu yang biasa dengan aku
dia perfect untuk kau,
aku cuma awkward.
dan aku cuma aku,
biase-biase aje.
tak pandai membungakan hati engkau
tak reti meluahkan hati aku supaya difahami
aku sentiasa disalah faham
dan aku cuma aku,
membosankan.
sewaktu dia menyanyi, mengejar bintang dengan kau,
bagai seorang rockstar,
aku pula cuma mampu mengintai,
aku cuma starlight stalker.
Friday, April 26, 2013
.24 - 3 hati. 1 gembira. 1 lari. 1 berdarah.
"hey, awak jom jumpa malam ni?" aku mulakan perbualan yang putus sebentar tadi. ayah dia call terang dia.
"boleh jugak. tempat biasa?"
"ya. bisa awak mengambil saya" chewahh ayat aku! power tak power?
"boleh juga kiranya begitu.. nanti sampai saya bagitahu.." amboi.. boleh tahan.. mana tak terpaut hati aku.
tapi mereka tidak tahu.
-----
terdiam, berbelah bahagi hati milik manusia yang sedang memeluk stereng kereta buruk itu. serba salah. telan mati ibu, luah mati ayah. bagaimana? apa harus aku buat? mata melekat di paparan jam yang malap, hampir mati. 01.30. seraya dia menoleh ke tempat duduk penumpang. sosok disebelah tersenyum, ikhlas. dia mengalah. mata saling menikam mata, mereka bagaikan patung yang gembira akhirnya terjumpa juga patung yang keras luarannya. dalamnya kosong. gembira terjumpa rakan subahat. jarum minit bergerak ke angka 55.
-----
perlahan kopi yang dipegang, dihembus, lalu lidahnya menyelam perlahan, merasa kehangatan air itu. suam. aku pandang ke arah dia, terpana dengan mata galak dia. ah aku terpikat.
mulutnya petah berbual, sambil sambil aku mengusik, dia tertawa kecil. alangkah indahnya dunia ni ya tuhan!
-----
kuat juga usaha yang dilakukan oleh dia untuk menutup pintu kereta buruk dia tu, sampai mata-mata yang mengawal kediaman itu mengekalkan koordinat ke arah mata yang sembam itu. namun mata-mata itu mengukir senyuman ringkas tatkala dia berlalu untuk ke dalam kawasan kediaman itu. mata-mata itu tidak mengekori dia, sebaliknya melihat ke arah kereta buruk milik lelaki tadi. dari bawah dedaun pokok itu cahaya lampu jalanan sedikit sebanyak menyenangkan usaha mata-mata itu. sambil titisan air mata langit jatuh ke kaca hadapan kereta itu, dia kembali membaca majalah tadi. sudah pasti,
tiada orang dalam kereta itu.
-----
betapa gembiranya aku, leka berkongsi pengalaman hidup, berkongsi kenangan pahit manis sehingga habis kopi aku sejuk. lama dah ke? ah pedulikan, aku gembira begini, bercerita mengenai buku-buku aku dengan si gadis manis, dan aku rasa, dia pun begitu jugak, kan?
kalau tidak masakan dia sanggup sampai larut malam ni disini bersama aku. kan?
-----
hampir hancur hati dia. luluh, mungkin. dia toleh ke kiri, senyuman ikhlas tadi hilang serta merta, yang tinggal cuma sebuah kotak, penuh buku. dia menghempaskan kepala di stereng kereta itu kembali. kadang kala, badan dia tersengguk-sengguk, sambil renyai hujan cuba membasuh luka di hati dia.
tetapi hujan itu terus menyiat nyiat hati dia.
.23 - empat ratus enam puluh lapan.
lama dia meletakkan kepala dia atas meja itu, menindih papan kekunci. lama betul, dia rasa. dia fikir. ligat otak dia cuba mengacau tumpuan dia. kekadang dia pun hairan. kerana benda begini dia jarang sekali lalai. dia mesti akan tertumpu kembali. benda yang begini lah yang dia akan ingat. benda yang begini, yang sentiasa meracun hati dia.
dia mengengam erat dada. entah kenapa. bukan zahir pun sakit beliau. tidak terasa saraf sakit di otak, tetapi dia terus mengengam kulit di dada.
sakit hati. sangat.
-----------------------------------
mata dia tertutup rapat, gigi dia ketap kuat, tangan menarik kulit dada, otak cuba menenangkan keadaan. berat sungguh, fikir otak. apa yang engkau fikir, engkau zahirkan melalui kata-kata, tetapi apa yang engkau buat adalah berlandaskan hati engkau, yang, sama sekali lain dari apa yang engkau fikir awal-awal. sekarang, nah. merasa engkau perit ke tidak.
ah engkau apa tahu otak. senang sungguh engkau suruh roh badan ni, menyerah. dia pernah menyerah, dan ternyata dia sengsara. sampai ke saat ini.
apa beza nya wahai hati? sudahnya begini juga. engkau suruh lah roh ini cuba sedaya upaya apa jua cara, apa yang dia dapat? dia usaha itu, ini cuba pelbagai cara untuk menyelamatkan semua benda, tetapi satu pun dia gagal, semua tercicir. itu bodoh. dia merosakkan engkau hati! dia menyeksa engkau!
memang aku terseksa, aku sakit! empat ratus enam puluh lapan matahari aku kira, dia lihat dengan mata lebam, hati bungkam. merenung jauh. ke mana? bulan patah sampai hilang fizikalnya, sehingga lengkap kembali, daun hijau muda menjadi koko, jatuh ke tanah, sehingga disatukan menjadi sarang burung, aku seksa! tetapi apa lagi aku mampu? menyerah? biar dia kalah, membenci diri sendiri kerana mengalah? membenci diri sendiri kerana berputus asa?
biar lah dia menyerah, wahai hati.. sudahlah.. engkau lihat dia begitu, terkejar kejar, tak tertangkap nafas, berusaha walau penat mana pun, sudah lah tak mampu berehat dikala semua yang dikejarnya dibuai mimpi? sanggup kah engkau lihat dia menyeksa badan dia begitu?
aku.. tak sanggup wahai otak..
aku pun tak sanggup dia menyerah, hati.. tanpa engkau, dia bukan dia..
----------------------------------------
rasa gatal lengan, di tampar nya lengan kanan. mata kanan dia dibuka. reda pun hati. sunyi pun otak. tetapi dia sedar, bagai semenanjung korea, keadaan masih tegang. silap langkah masing-masing mengeluarkan hujah, menunjukkan kesalahan masing-masing. padahal masih satu semenanjung. sedih, tetapi entah bila akan bergabung kembali, meningkah arus bersama.
lantas tangan kanan dia menangkap tetikus, lalu mengarah ke arah program Spotify.
perlahan diletakkan kembali kepala dia dihadapan skrin 21' itu. cerah cahaya skrin itu menerangi ruang yang kelam itu.
sambil mulut dia mengukir senyuman. ain't it the life? hidup tak pernah adil.
perlahan pengira angka bergerak. empat ratus enam puluh sembilan.

Try living a lie and kicking out the same old guise
Wasting time, so very ordinary
Wait until my bomb goes off
See the actors run and hide
Fake it all in stride
One day we all can say we're gone
And haunt the ground we're from
Everything's so open wide
Here within the divide
Ain't it the life, ain't it the life
Got no crime
Just sail on by..
Just sail on by..
perlahan diletakkan kembali kepala dia dihadapan skrin 21' itu. cerah cahaya skrin itu menerangi ruang yang kelam itu.
sambil mulut dia mengukir senyuman. ain't it the life? hidup tak pernah adil.
perlahan pengira angka bergerak. empat ratus enam puluh sembilan.
Subscribe to:
Comments (Atom)