Sunday, October 30, 2011

.7 - sekali lagi

malam smlm aku rasa arsenal menang. walaupun tak tipu arsenal mcm ta*k je main tapi aku rasa arsenal akan menang, BESAR. walaupun tak lojik dan aku takde ah mengharap arsenal pun.

nogori pun. dalam sokabar semua cakap ganu mng. aku rasa nogori mng. tup tup mcm tu jadi. hm.

intuition. derived from the word irrational function. so, sepatutnya dia irrational dan unreliable lah kan?

Monday, October 17, 2011

.6 - live tweet

saifulaizatSaiful Aizat
Fuck ah harini kes semua mcm sial
21 hours ago

saifulaizatSaiful Aizat
Mood pun dah xde. Mmg faktap. Ah sial sial.
21 hours ago

saifulaizatSaiful Aizat
Kes-kes ni tak susah tp menyusahkan. Leceh. Sial betul.
21 hours ago

saifulaizatSaiful Aizat
Aih. When will i have my long awaited luck? I'm fucking desperate.
21 hours ago

saifulaizatSaiful Aizat
That's it. Malam ni by hook or by crook aku nk keluar. Even if it means aku keluar aimlessly, and i'll have to s… http://gladlyCast.com/gxw6
21 hours ago

saifulaizatSaiful Aizat
Well at least for now i have smthg to look forward for. Evntho its kinda fake but it'll help me go thru today i hope.
21 hours ago

saifulaizatSaiful Aizat
And i hope that nothing gets worse after this or i'll go berserk =_=
21 hours ago

saifulaizatSaiful Aizat
Eventho xde ape ape pressure pun aku dh cukup tension. Fuck lah. Whats wrong with me
21 hours ago

saifulaizatSaiful Aizat
Ah sial ah rasa mcm nk scream my lungs out, bang my head on this fucking table, and i don't even fucking understand why!
21 hours ago

saifulaizatSaiful Aizat
hand is trembling, heart is pumping hard, blood is rushing, lung is busting, choked, and i felt like screaming, … http://gladlyCast.com/gxxb
21 hours ago

saifulaizatSaiful Aizat
I need my blog, which obv i cant blog because i cant online, i need my kancil, because this is fucking ridicls
21 hours ago

saifulaizatSaiful Aizat
Fuck i cant calm myself down!
21 hours ago

saifulaizatSaiful Aizat
Aduuuh mcm mana aku nk buat kerja nii?? By this time i should've finished 15 casses, compared to now, i'm stuckd at the fifth case!
21 hours ago

saifulaizatSaiful Aizat
relax dammit
21 hours ago

saifulaizatSaiful Aizat
Dh 2 jam aku tgk je case ni. Dh la. Baik aku keluar je office
20 hours ago


in the end i end up sleeping in kancil. din go anywhere.


i'm a mess.

Saturday, October 15, 2011

.5 - limitasi

dia terpacak, termangu.
dia baru bukakan mata,
kepala pusing,
dunia berputar,
pandangan bervignette,
gelap.
dunia luar pun sudah gelap.


dia binggung.


dia sudah bosan.
keterlaluan di kecam, di hina
padahal dia manusia biasa.
dia bosan,
dengan dirinya yang terlalu salah.
terlalu dihukum.

dia cuma dapat bermimpi.
suatu hari;
biar dia hidup di jalanan,
biar dia tidur berlantaikan tar dipijak orang,
dia tak kisah.

dia cuma mahu kepastian.
yang dia betul-betul seorang.
dia sudah penat menipu dirinya,
si dia akan membantu, si dia dan dia dan dia akan menolong,
sebaliknya,
dia cuma mahu kepastian.

andaikata beginilah takdirnya,
takdir yang ditilik sejak awal lagi,
perlukah dia diuji sebegini rupa sekali?
takdir ini sudah cukup seksa,
inikan, haih.
memang hidup ni payah.

dia lebih rela papa, kedana.
membuka wallet, ada satu kertas biru dan itu sahaja
dia lebih rela orang tak kesah
dari pura pura kesah

dia cuma mahukan kepastian.

tak lebih,
tak kurang.

kepastian yang melahirkan ketabahan,
keredhaan.
kepastian.
dia taknak mati,
tapi,
dia pasti yang dia tiada nafsu untuk hidup juga.

Friday, October 14, 2011

.4 - the day he won't forget.

Dengan senyuman, mereka memberi surat itu kepada dia. Dia terkebil-kebil.

"To whom it may regards,

Sir,

The patient has been operated twice, one late last year, another one just a few months ago. While it is good to be optimist, you must prepare financially as she might need to continue the treatment for the whole of her still long life. We certainly hope that she responds to our medicines and treatments but I ought to remind you that you shouldn't hope for something rather miraculous. Anyhow for the next procedure we are hoping that you would give permission to -----"

Tulisan berangkai tu walau susah, dia masih dapat membaca. Si lelaki yang memberi surat itu kemudian merangkul leher budak itu, dan dia dapat rasakan lengannya, menggeletar.. Si budak itu terus teresak-esak,

"Janganlah macam ni, Uncle lagi sedih tau? Dia nampak macam ni, mesti dia lagi sedih kan?"

Si budak mendonggak,

"Sabarlah, I know you're strong," Sambil meletak tangan di atas kepala.

Friday, October 7, 2011

.3 - aku manusia.

aku manusia.
aku bisa marah.
aku bisa sakit hati.

aku bisa kecewa,
aku bisa penat,
aku bisa ketawa,
aku bisa sedih.

aku si driver
aku si buruh
aku si gardener.


aku lah si teraju impian,
aku lah si harapan keluarga,
aku lah si 'kebanggaan keluarga'

tapi, pada masa yang sama,
aku juga pemusnah impian keluarga
aku lah pengaruh buruk keluarga aku
aku juga si jahat
si setan yang suka cari pasal
si setan yang suka bergaduh
bertumbuk,
melayangkan tumbukan, menerima tendangan, menerima jahitan
aku, ANAK DERHAKA.
aku pengotor, mencampak najis di nama keluarga aku
aku jugak?


lupakah kalian, aku anak kau orang?
lupakah kalian, aku telah berusaha?
lupakah kalian, aku sudah mencuba yang terbaik?
lupakah kalian, apa yang aku telah buat?
lupakah kalian,

lupakah?

aku pun manusia,
punya hati dan perasaan,
ingin dimanjakan kedua ibu bapa ku
ingin sekali mendengar 'good job' instead of you have to acheive better
ingin sekali mendengar pujian keluarga,
ingin dihargai

kenapa aku ?
aku dah cuba,
bukan tak cuba langsung
ada orang tak payah mencuba
dia disayangi, dimanja, dikasihi
merekalah orang yang sentiasa menang
dan akulah yang sentiasa mencemburui mereka
dengan sedikit usaha
banding dengan aku..


aku tak bisa ada apa apa
aku tak ada trump card
aku tak ada kelebihan
aku tak pandai,
aku tak kacak,
aku tak baik,
aku tak berbakat
aku tak bisa buat apa sahaja.
hati aku pun tak cekal,
badan aku pun, tak kuat

kenapa aku?
aku buat salah apa?
salah masa lampau, aku masih menanggung rasa sesal tu

aku ..taknak mati..
tapi, aku tak kesah dengan hidup jugak
aku dah segan dah,
entah berapa ribu kali sudah aku meminta,
menadah tangan kepadaMu,
aku malu,
tak malu ke kalau tiap2 malam mintak tolong?
tapi aku tak tahu macam mana dah,
macam mana lagi?
apa lagi cara aku ada?


dalam kepala aku
ada suara mengulang, kuat, kuat, kuat
kuat
kuat
kuat
kuat
tapi makin kuat suara tu, makin hati aku luluh
aku tak mampu dah nak jadi kuat
berapa lama lagi aku boleh tahan?


kau orang lupakah?
aku juga manusia.
sama macam kalian.
yang bisa marah-marah
yang bisa kecewa
yang bisa terasa
yang bisa melenting

aku hanya mampu senyum
apa lagi aku mampu buat.
senyum pun dah berat,
berat.

lupakah kau orang?
aku juga manusia

bisa menangis

Wednesday, October 5, 2011

.2 - jangan turun hujan

Petang tu dia macam biasa, terperangkap lagi.
Dalam kota batu, dia lemas dalam sungai tar.
Dia dapat lagi melihat wap-wap panas naik ke udara,
hasil curahan air dari langit tadi.
Kehidupan sebagai penggaris, penarik pensel, pengoyak kertas,
yang kekadang ke lapangan untuk melihat hasilnya,
anaknya,
sedang dipahat, didirikan.
Dia selalu berdiri, memegang segulung 'sijil lahir',
sambil tersenyum.

Kini di sungai itu,
dalam hutan batu,
dia lemas dalam sungai itu.
Tapi riak mukanya kosong.
Selamba.
Sudah biasa.
Lambat laun selesai jugaklah.
Dapat aku bergerak, ke arah katil.
Katil sahaja dalam fikiran dia.

Katil hilang pergi.

Dia masih lagi terpana. Stereng dilepaskan. Mulutnya terbuka sedikit. Lama. Dan dia menyuapkan kentang berbentuk separa bulat itu ke dalam mulutnya. Mengunyah, sikit, sikit. Tawar. Aku patut bawak sos.

Sesekali, kakinya melepaskan pedal brek, kereta Austin Mini itu bergerak perlahan. Dan ditekannya brek kembali. Dia kembali mengunyah.

Urgh alangkah baiknya malam ni, aku tidur terus. Kuala Lumpur. Pernah tak kau tak jem? Seingat aku dari masa aku boleh mengingat, Kuala Lumpur memang sesak. Sampai sekarang. Biarpun dengan jejantas, jejambat, flyover, tunnel, smart tunnel, apa lagi, semua sama sahaja.

Kerajaan sentiasa lambat satu langkah. Bentak hati dia. Kalau dari tahun 2000 dah ada semua tu, dari tahun 2000 kota ni bebas kesesakan. Sekarang 2010, tapi baru siap, lambat 10 tahun! Sekarang baru nak buat monorail apa bagai, nanti 5 tahun akan datang, baru siap, tapi dah terlambat, macam mana?
Hatinya terus memberontak. Mulut dia masih terkunci. Kosong, mimik mukanya. Ke hadapan sahaja pandangan dia.

Rakyat pula terus merintih, bukan merintih nasib mereka, tetapi merintih dengan fitnah. Freemason, Pembinaan gereja terbesar di Asia, so what? Apa kena mengena dengan kita umat Islam? Salahkah mereka beribadat? Kita ada kubah terbesar pun apa kita buat? Pernah dengar satu Shah Alam pergi jemaah di Masjid Negeri?

Dan terus memberontak. Sesekali dia mengetuk-ngetuk radio itu. Lapuk. Tetapi berbunyi. Dia kembali senyum.

Perlu ke ada perbezaan kaum?

Serentak dengan itu semuanya bagaikan kilauan cahaya. Bagaikan cerekarama. Bagaikan tayangan layar perak.

Kriuukkk. Pintu itu dikuak. Dia terpaling, lamunan dia terhenti. Dilihat ada kepala menjenguk. Ahhh sudah.

"Boleh saya masuk?" Apesal tak boleh pulak, masuk jela. Bukan bilik aku pun.
"Em.." Malas sahaja.

Si perempuan masuk, berbaju kurung moden, berambut panjang. Dan dia mula mengukir senyuman. Si lelaki pula hanya memandang. Si perempuan tunduk, dan mengangkat kepala dia serta-merta. Sambil masih tersenyum. Si lelaki hairan.

"I saw you enter the pantry several times already hari ni.."
"Oh, guilty as charged" Balas lelaki tu, senyum.
"You datang dari mana?" Si perempuan mula memecahkan ais.
"Seksyen 2, Shah Alam" Ringkas, seolah tak mau ingin mengekalkan ais tu.

Dan sunyi. Ergh awkward gila.

"You?"
"Oh, saya datang dari Klang." Lelaki itu hampir tersembur Milo yang sedang dihirupnya terdengar. Klang? Apesal dengan slanga English? Kleng?
"Kenapa?" Si dia tertanya-tanya.
"Oh, takde, takde ape-ape." Dia masih cuba mengekalkan ais.
"By the way, my name is Sherry. Sherry-Fah."
"Orang panggil saya Ali. But you can call me Ally." Sambil menyahut jabatan tangan.
"Tak payah mengangjing. I know I speak rojak," Dia menggenggam tangan kuat-kuat. Si lelaki tadi terjengket menahan, tak terduga.
"and, your name is Zulkarnain."

Dia tersenyum.

Tuesday, October 4, 2011

.1 - paksa rela

aku senyum.
dia senyum.
dia ikhlas.
aku paksa.
dia kuatkan diri.
aku paksakan diri.
dan akhirnya dia tersungkur.
tetapi masih senyum.

aku?
masih paksa.

sampai sekarang.