Friday, December 30, 2011

.20 - this is a call

kancil, kancil. kau memang malang.
15 tahun bukan sekejap.

aku harap kau ada untuk besok.
aku nak pergi, mana-mana.
tempat yang aku rasa aku nak pergi.

tolonglah.

Sunday, December 25, 2011

.19 - merry christmas, happy new year and ..

This is the day, where usually families will get together, and dine together,
in the cold, white winter, besides the warm fireplace.

This is the day where, childrens are running happily here and there, with cousins,
and mothers busy telling them stories that makes her children's imagination goes wild,
and fantasies that will make them lives in their dreams.

This is the day, where parents tried their best to fulfil their offspring wishes,
with boxes of presents, or just a plain warm milk and cookies.

And, this is the day, where a friend used to bugged me, about how people are celebrating her birthday and, despite feeling awful people forget about it, she'd keep it quiet, and desperately, with a smile that will melt everyone's heart, wishing a joyful holidays, but still, wanted me to remember that today, was her birthday, for at least, she knew someone would.

Little that she knew that they'll always remember what day today is, and, every year, they, and I, will make her surprise.

Merry Christmas to whoever celebrating it, Happy Holidays, Have a great New Year, and Happy Birthday. :)

Wednesday, December 7, 2011

.18 - tak sedar di untung

sejak kebelakangan ni sakit kepala aku makin menjadi-jadi. waktu pegi amek pc baru tadi dekat blok 8a; blok lama ofis kitorang, tengah lintas jalan tu aku literally mengalirkan air mata sambil memegang kepala. nasib lah aku lambat pegi sana, jadi pegi sorang-sorang, takde orang perasan. nasib jugak lah aku sebuk mengelak kereta yang hon aku sampai terlanggar pajero.

..bodoh punya pajero.

setiap kali aku terima sms, entah aku tak sure aku akan reply ke tak. betul. itu je dah tunjukkan aku ni manusia jenis apa. sebabkan tu, aku amat mengerti kenapa aku di sini. ... lol, aku memang macam ni pun sejak 5-6 tahun lepas. macam ni, macam, sekarang. ada satu masa aku cuba membaiki kesilapan lalu, membaiki silaturrahim, membaiki persahabatan, cuba rapat dengan semua orang. cuba berbaik dengan semua.

ada ketika tu aku jadi gila, eksaited, hyper, annoying dan sebagainya. well, itu sebahagian package yang datang waktu aku cuba membaiki diri aku.

tapi kini, aku sedar, kesilapan masa lalu yang aku sebut tadi tu, merupakan keputusan yang betul dalam hidup aku. terbukti aku berjaya hidup dan no feel pasal kehidupan dalam jangka masa tersebut. maksud aku, aku lebih sesuai macam ni. macam, pasir jerlus dalam laut. ...macam tak kena pulak.

macam, ikan koi dalam kolam.. kot? apa yang orang lihat, maybe true, tapi itu ilusi semata, dan apabila cuba tangkap, takkan kena pada sasaran.



ada masa aku crumble kepada masalah aku, aku tersandar pada kancil, menghentak2 pintu kereta tu. ada masa aku menutup mata aku dengan lengan aku, sampai besok pagi, dalam kereta kancil aku tu. ada masa, aku nak terjun dari tingkat 16 tempat ofis lama aku tu. ada masa, aku cuba mencari tempat untuk mengadu domba, melontarkan sepenuh jiwa raga, dan ada masa di antara masa-masa tu aku rasa bodoh, sangat. sangat-sangat, bodoh. dan rasa bodoh tu sampai sekarang aku rasa.

tak semua berminat. maybe, ada. untuk dijadikan pengisi masa lapang. untuk dijadikan benda untuk digosipkan. untuk menilai. untuk, tunjuk yang dia ada untuk menolong. dan itu, itu saja lah.

jujur, aku tak tau siapa kawan aku sebenarnya sekarang. betul. aku rasa bersalah, tapi aku tak nampak siapa yang betul-betul, betul. dan sebenarnya, aku.. agak tak peduli lah. bagi aku, itulah manusia. sebuk dengan hal masing-masing. aku je jaga tepi kain orang. buat muka tembok besar cina. mungkin sebab aku tolak sorang-sorang jauh-jauh dari aku. munggkiinn.

aku tak bangga macam ni. ini menyakitkan. aku tak bangga dengan fakta yang mak bapak aku pun tak faham aku. apatah lagi orang yang tak pernah peduli pasal aku. ini tak pernah menggembirakan aku. menyedihkan. bukanlah aku mengharap ditemani kawan-kawan aku. aku taknak macam tu. aku bukan macam tu.

aku pernah disorak dahulu. haha. zaman kegemilangan sekolah. betul. kadang-kadang aku rindu. disapot kawan-kawan, di mana sekeliling kau cuma kawan-kawan. tetapi bila kau meningkat besar, aku rasa, manusia, or at least, aku lah kan, hanya akan diingati tatkala orang perlukan aku. bila sedih, dalam kesusahan, memang kau akan nampak dia sahaja. bila senang? bila semakin masa berlalu, kau lihat sorang-sorang berubah, kau akan nampak sorang-sorang akan tinggalkan kau, walaupun besar-besar diorang taruk penganti kertas di sekeliling aku;

"we're here for yooouuuu". penuh. pelan pelan aku tertimbus. banyaaak sangat. tapi yelah, tu, tu jelah. cukup syarat.

apa aku ngarut ni? tajuk blog ke lain, post ke lain.

okay sebelum apa-apa, aku mintak maaf kalau ada orang baca dan rasa dioranglah orang tu, dan kalau ada yang rasa macam tu, taklah. ini cuma insecurity sides of me.

sebab hakikatnya, sebagai penutup blog post kali ni, kesimpulannya, macam mana pun korang datang, aku akan tolak pergi. sentiasa.

sebab tulah title blog post ni macam ni. aku memang tak sedar di untung. sedih. haha.

Tuesday, December 6, 2011

.17 - 24

dan aku melayang dari tingkat 25 di blok 11. pada saat itu aku rasa satu saat, macam satu minit. melayang bak kertas surat khabar. perlahan di tingkat 30, aku mula ketawa, dan sampai di blok 12, aku cecah terminal velocity, terhenti acceleration aku di tingkat 2. menutup mata, mendepakan tangan, mengayuh ke hadapan; berenang, tetapi, berdiri di tingkat 24.

melihat jauh ke dalam, satu bilik. bayi yang baru dilahirkan, tidak menangis. si ibu cuma mampu melihat, dan si ayah melaungkan iqamah. bayi itu menoleh, dan senyum.

dingin angin yang meniup rambut-rambut, baju, seluar longgar aku, lalu menolak aku jauh lebih laju. dengan senyum kelat, aku cuba membuka mata, melihat destinasi aku; rata.

dan walaupun aku sudah tahu, tetapi, kini aku lagi pasti, akhirnya, ke sini jugak aku.

*bam*