Wednesday, May 15, 2013

.31 gunpla

macam mana nak buat seorang budak menangis?

senang. kau beli satu mainan,
gunpla MS 06s misalnya.
dan bagi dekat seorang budak yang gila Zaku II Char Aznable.
bagi dia pasang gunpla tu sampai lengkap,

kemudian kau rampas dari dia.
dan kau ikat dia kembali.
dan kau beri gunpla tu dekat budak lain.
gunpla dia.
yang dia pasang.
dia punya.

dan kau tengok budak tu
menangis berapa kuat, berapa lama.

kalau budak tu mampu menangis lah. kalau tak mampu?

Tuesday, May 14, 2013

.30 - bergunakah / masih / aku / ?

maaf kerana aku masih ada di sini.
cuma aku tertanya tanya.
kenapa aku masih ada di sini?

untuk apa?

bergunakah pengalaman aku?
bergunakah kemaafan aku?
bergunakah pujukan aku?
bergunakah rayuan aku?
bergunakah teguran aku?

bergunakah ilmu aku?
bergunakah deduksi aku?
bergunakah ide aku?

yang penting,
bergunakah aku?

jadi kalau aku tak berguna,
kenapa aku masih ada di sini?

kalau aku berguna pula,
kenapa aku masih ada di sini?

maaf kerana aku masih bertanya,
kenapa aku masih ada di sini?

.29 larut

perlahan terlarut lunesta dalam air,
dalam kole,
larut malam.

Monday, May 13, 2013

.28 - layar perak

akan aku pacak layar perak
di hadapan penonton,
di hadapan tukang sorak,
di hadapan kalian.

dari lewat sore sampai awal subuh sepie
meliukkan badan ke kanan ke kiri
gagah dalam pesta keramaian muda mudi
dalam pekik, sebenarnya sunyi

dalam kala bulan sabit di cemburu
sang matahari
akan aku pacak layar perak
riang tawa, - menari
di hadapan kalian,
di hadapan penonton,
di hadapan neon,

di belakang aku.